wanita mempunyai hati yang lembut seperti kapas,walau nampak kasar di luar tp di dalam tetap kapas yg lembut.keran ianya sangat sensitif akan perkara2 yg remeh. Lelaki pula berlainan natijahnya. sekeras mana wanita dia adalah tetap wanita.akan tetapi lelaki berhati seperti wanita kelihatan sgt kuat di luar,mereka juga mempunyai sifat seperti prempuan iaitu sensitif. Hati wanita jangan di usik,jgn di beri harapan kalau rasa tidak mampu menggapainya kerana ianya akan menjadi sgt lemah hingga tak berdaya dalam kata lain wanita akan menjadi tawar hati.oleh itu wujudlah wanita yg dikatakan "ANDARTU".semoga kita tidak tergolong dalam kategori tersebut ye kengkawan. InsyaAllah jodoh itu ada cuma tak sampai lg kpd kita,usaha doa dan tawakal. Allah is always by your side.
tulis la pape tapi hati tetap tak dpt nk meyingkap apa yang difikir,perasaan bila dilayan makin jauh makin hanyut..kadang2 rasa nak mengalir air mata tp aku serahkan segalanya pada Tuhan yang penting aku dh berusaha sedaya mungkin.segalanya pasti suatu hati nanti insyallah..
Sebenarnya banyak yang nk dikongsi disini tapi saya tak sempat nk tulis,sebab tgh sibuk buat keje sekarang ni,cuti memang bosan,satu lirik pum x dpt buat,buku insurans tak baca lagi 27hb ni exam,apela nk jawab nanti..tawakal jela,oh ya lupe pulak,hari tu kate nk kasi lirik,hari ni nk kongsi lirik ditulis oleh saya,kemudian dimodified balik oleh kawan saya aishah,jap nk cari pendrive..............................................tak jumpe ur
TAJUK : KE PUNCAK JAYA
Globalisasi,
Mengaburi mata,
Rakus manusia,
Mengejar dunia,
Alpa akan erti merdeka,
Maju Malaysia..
Maju Malaysia..
Bangkit berubah,
Bangsa terleka,
Tercipta perpaduan,
Terbina wawasan,
Teras Negara Berjaya,
Tanah bonda dijunjung setia,
Tolak ansur budi bahasa
dan kerjasama,
Satu pemikiran dan gerak kerja,
Rukun Negara asas kita,
Rakyat didahulu,
Pencapaian diutama,
Demi Malaysia berwajah baru,
Mari menuju satu fikiran,
Mari menuju satu impian,
Mari menuju satu wawasan,
Menuju arah malaysia jaya..
LIRIK : Nur Hamizah Saari
huhu..ni lirik yang tak terpilih masa peringkat saringan ke CIPTA 09. sebenarnya banya lagi nk bagi ni
TAJUK : HARMONI SELAMA
Hijau dedaun senja,
Sirna secebis cahaya,
Memancar ke tanah bonda,
Sumber inspirasi serumpun bangsa,
Indah negara,
Aman sentosa,
Pemimpinya adil dan saksama,
Membentuk perpaduan bersama,
Jati diri yang tetap,
Azam yang tekad,
Kerja yang bulat,
Ooooo..
Saling menghormati,
Rakyatnya,
Tolak ansur kerjasama,
Menjadi asas keutuhan nusa,
Walau berbeza cara,
Kami berusaha membina,
Demi matlamat yang sama,
Dalam memartabat negara
di mata dunia…
LIRIK : Nur Hamizah Saari
ni pum tak terpilih gak...
TAJUK: SUARA BANGSA MERDEKA
Bermula lafaz pertama,
Tika bergetar ikrar di jiwa,
Menjulang tinggi rukun negara,
Menjadi teras hidup bersama,
Alam bersaksi,
Gema merdeka,
Menyulam janji,
Manyanjung budi,
Di bawah daulat,
Perpaduan terbina,
Ayuh bersama bina impian,
Ayuh bersama bina wawasan,
Ayuh bersatu bangsa malaysia,
Ayuh bersatu suara kita,
Mari bergema satu malaysia,
Kita gegar satu dunia..
LIRIK : Nur Hamizah Saari
hah..lirik ni baru terpilih,dahla tak ade idea dah 3 rangkap je,tak sangka yang ni pulak terpilih..tp jgn terkejut lirik ni telah diubahsuai oleh SISO menjadi 6 rangkap huhu..sebenarnya saya hantar 5 lirik,satu je terpilih hehe..dah tak ade rezeki nak buat camne,k laa nti len kali nk cite pulak pengalaman masuk penjara masa proses pembikinan lagu,mencari banduan yang bakal mengcompose lagu saya huhu...bes sangat nati ur cite,dah ngantuk..k laaa bye
adk bongsuku kat ladang teh ms g holiday kat cameron baru ni.


